jenis jenis batu akik

jenis jenis batu akik

assalamualaikum wr.wb
sahabat akik yang setia, kembali lagi di segala jenis batu akik  Kata akik, menurut Kamus Istilah Geologi yang disusun M.M. Poerbohadiwidjojo, berasal dari kata agate atau agat yang artinya adalah sejenis mineral silika (SiO2)- yang lazim disebut kuarsa amorf atau kriptokristalin- berwarna dan berlapis. Itulah yang menjadi bahan batu akik. Warna akik bisa tunggal bisa pula banyak warna. Kedudukannya pun bisa beraturan atau tidak beraturan.
bagaimana menurut islam tentang memakai  batu akik ?
nabi muhammad saw juga menggunakan cincin
Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari & Muslim, dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika hendak menulis surat untuk mendakwahkan islam kepada para raja di sekitar jazirah arab, beliau mendapat informasi bahwa mereka tidak mau menerima surat, kecuali jika ada stempelnya. Dengan pertimbangan ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak, dan diukir tulisan Muhammad Rasulullah, akan tetapi yang menjadi memakai batu akik itu menjadi haram apabila menggunakan ikatan batu cincin yang terbuat dari emas, itu baru haram.. dan meyakini bahwa batu itu adalah tuhan mereka yang dapat memberikan keberuntungan bagi mereka, itu merupakan salah satu perbuatan musyrik yang dosanya tikan bisa diampuni oleh allah swt. berhati hatilah

tanpa kita sadari sekarang batu aik menjadi salah satu aksesoris yang banyak diincar oleh masyarakat terutama dikawasan saya rawakalong, hampir semua masysrakatnya memakai batu akik ditangannya ada yang 1 sampai 5, batu akik memang manjadi incaran para orang, karna warna dan bentuknya yang indah tapi juga tingkat kesulitan dalam pencariannya membuat bakik menjadi top aksesoris pria, kali ini ane akan memberikan informasi seputar jenos jenis batu akik yang sudah banyak beredar di daerah daerah di indonesia, mulai dari yang termahal hingga termurah, langsung saja kita beri rinciannya satu persatu.

jenis batu akik :

batu hakikat

batu akik hakikat


sahabat akik yang setia Batu Hakikat adalah jenis batu yang sebagian orang asing bila mendengarnya . Tetapi bagi penggemar berat akik , batu ini adalah salah satu batu yang banyak dicari . Batu Hakikat juga sering disebut orang sebagai batu badar lumut dan Batu Gunung .

Disebut sebagai batu badar lumut karna tekstur dari batu terdapat lumut yang menghiasinya .
Mungkin lumut tersebut adalah lumut yang muncul dan tertimbun dari lempengan batu cair . Batu Cair membawa lumut dan membuat tekstur seperti batu lumut saat batu cair tersebut mengeras .



menurut beberapa perkataan dari orang orang yang menggunakan batu ini , Batu Hakikat ini memiliki banyak manfaat . Ada beberapa manfaat dari Batu Hakikat yang berhasil saya himpun melalui informasi yang saya dapatkan dari para penggemar batu akik :
-menyembuhkan penyakit 
-menundukan musuh
-menghindari gangguan makhluk halus
-kewibawaan
-pagar diri



batu panca warna

batu panca warna

batu panca warna adalah batu yang bercorakan 5 warna, kelebihan di mata umum pada batu ini yaitu warna merah, hijau, kuning, hitam, putih. mempengaruhi kekuatan panca indra manusia.

batu panca nur yang asli memiliki ciri ciri tertentu yang membedakannya dengan batu panca nur yang palsu atau imitasi. Jika batu panca nur yang asli dipegang, batu ini akan terasa berat dan getarannya pun kuat. Batu Panca Nur dipercaya memiliki  beberapa khasiat yakni: 
-Batu cincin panca nur bisa memancarkan cahaya wajah yang menawan pada pemakainya.
-Batu Panca Nur dapat memancarkan kewibawaan, sehingga pemakainya akan dihormati oleh banyak --     orang, terutama orang orang yang berada disekelilingnya.
-Batu Panca Nur mampu membangkitkan rasa percaya diri dan keyakinan tinggi ditengah khalayak ramai
-Batu panca nur dapat menjadikan musuh tidak berupaya melakukan suatu hal kejahatan terhadap diri         pemakainya.
-Batu panca nur dapat menjadikan orang akan kagum terhadap pemakainya

-Batu panca nur bisa membuat banyak orang sangat percaya dengan kata kata pemakainya.

batu lafadz

batu lafadz

batu lafadz adalah batu yang didalamnya bergambarkan lafadz bertuliskan bahasa arab, batu jenis ini sangat jarang sekali ditemukan di dunia perbatuan sehingga betu ini menjadi batu dengan harga yang mahal, dan berhati hatilah jika membeli batu ini karna sekarang banyak batu-batu campuran yang dibuat seakan batu asli batu jenis ini disebut batu sintetis.

batu serai
batu serai


batu serai hanya dapat diperoleh dari pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuh-tumbuhan yang seakan mengeluarkan bunga padi,untuk makluman semua, poko serai adalah tumbuhan yang amat sukar mengeluarkan bunga dan sangat jarang untuk ditemui, jika ditemui poko serai yang berbunga untuk mengambil batu batu yanhg ada dibawah perdu poko serai perlu kaedah dan cara-cara tertentu untuk mengambilnya hanya orang orang arif dsaja yang dapat mengambilnya. terdapat berbagai jenis warna yang didapati seperti warna merah , kuning, jernih, biru, hijau, dan ungu. kelebihan batu serai adalah untuk pemanis atau pelaris.

batu zamrud



batu zamrud

batu zamrud atau emrald adalah batu yang sudah lama dikagumi, pecinta batu akik mengakui bahwa batu ini amat indah dan berhasiat tinggi dari segi spiritual, kekerasan zamrud dalam skala besar ialah diantara bacaan 7hingga 9, batu zamrud jarang yang memiliki selain berharga juga harganya yang sangat mahal. zamrud jarang dijumpai dalam saiz yang besar dan batu jamrud yang paling tinggi harganya adalah batu zamrud yang berasal dari columbia yang harganya mencapai puluhan ribu ringgit, pada xzaman dulu batu zamrud hanya dipakai oleh para bangsawan, raja raja dan para pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan, para pemakai batu zamrud jga percaya dapat memberi keuntungan dan keyakinan yang tinggi.


batu badar besi

batu badar besi




batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila didekatan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak. 
 
Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerahbrazil, MexicoAustralia dan Amerika yang mana dekat dengan kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu. 
 Cerita masyhur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.



batu kecubung

batu kecubung

Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti BrazilUruguaySiberiaRussia dan India. Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.


batu merah delima

batu merah delima

Ruby atau batu merah delima dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua). Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara burma dimana harganya mengikut timbangan karat.



batu pirus


batu pirus
Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi)  pula tinggi. Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.


batu tiger eye (mata harimau)


batu mata harimau


BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren. Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

batu mata kucing 



batu mata kucing



batu mata kucing  'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini  banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs. Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah RussiaTanzaniaSri LankaIndiaBrazil, dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal. Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan   keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).

batu nilam (sapphire)



batu nilam safir


Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika. Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru. Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan  dan  tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september.

batu jarum mas

Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum. Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya. 

sekian tentang jenis jenis batu akik, terimakasih telah menunjungi blog segala jenis batu akik, walauppun banyak khasiat dari batu saya tetap  tidak bisa percaya dengan semua itu karna saya yakin bahwa allah lah yang maha berkehendak atas segala sesuatu jangan sampai kita bisa percaya dengan batu yang sama sekali tidak bisa mendengar, melihat ataupun bergerak, karna perbuatan ini termasuk salah satu perbuatan orang jahiliyah arab pada massa itu, karna itu merupakan salah satu tiundakan musyrik yang dosanya tidak akan bisa diampuni oleh allah swt.
wassalamualaikum..



.

Related Posts:

1 Response to "jenis jenis batu akik"